Kerjaya pendidik Wu Teh Yao

Profesor Wu menyertai PBB terutama berhubung Hak asasi manusia . 1951 bersama Dr Fenn menulis survival pendidikan Cina di Tanah Melayu menerusi 'Laporan Fenn-Wu 1951.


Beliau dilantik Presiden Universiti Tunghai di Taichung, Taiwan (1957 - 1971). Beliau menjadi ketua Jabatan Sains Politik, Universiti Singapura. Beliau menjadi Profesor dan Dekan Fakulti lepasan ijazah di Universiti Nanyang (1975-1980). Kemudian menjadi Naib Canselor (1976-1977).

Ketika Universiti Nanyang digabung dengan Universiti Singapura pada 1980 membentuk Universiti Nasional Singapura, beliau dilantik sebagai Profesor sains politik dan bersara pada 1981.

Profesor Wu dilantik menjadi pengarah Institut Falsafah Asia Timur yang ditubuhkan oleh Dr Goh Keng Swee pada tahun 1983 yang menekankan falsafah Konfusianisme.